[TRENDING!] Ayuh, sertai pencarian Projek Bliss : Transformasi Diriku dan hadiah menarik menanti anda!

 Home-page.jpg

Nestle Bliss adalah rangkaian minuman segera berperisa yang berkahsiat untuk proses penghadaman dalam badan manusia. Baru-baru ini, Nestle Bliss akan menerbitkan sebuah siri realiti yang berkonsepkan Transformasi Diriku. Ini bertujuan mencetus perubahan cara rakyat malaysia menjaga kesejahteraan diri dengan memelihara kesihatan sistem penghadam yang baik. 

 

Selain itu, Projek Bliss : Transformasi Diriku dinspirasikan oleh bintang YouTube Daiyan Trisha yang akan menjadi ikon serta sumber ilham Nestle Bliss tatkala dirinya berhadapan dengan lensa kamera. Video yang menjadi viral ini mencetus inspirasi kepada gadis diluar sana untuk digandingkan bersama dengan artis tempatan, model dan host televisyen, Siti Saleha dalam pencarian Bintang Bliss. 

 

Lapan peserta akan dipilih dalam uji bakat tertutup bagi mengambil bahagian dalam Projek Bliss : Transformasi Diriku. Sebanyak 8 episod akan disiarkan, mereka akan menimba ilmu pengetahuan dalam sesi kesihatan, kecantikan dan juga nutrisi daripada tiga mentor yang pakar. Antaranya Wong Yu Jin sebagai mentor kesihatan dan kecergasan, Joaanna soh sebagai mentor nutrisi dan Siti Saleha sebagai mentor keyajinan diri. 

 

Peserta berpeluang menerima wang tunai sehingga RM77,000 termasuklah hadiah utama lawatan ke kota paris untuk dua orang! Projek Bilss Trasnformasi Diriku adalah kerjasama antara Radio Astro dan Nestle Bliss. Rancangan realiti ini akan ditayangkan pada Mei 2016 di Astro Gempak www.astrogempak.com.my

 

Jika anda berminat, anda boleh menghantar borang penyertaan melalui pos, secara talian, mahupun ketika siri jelajah Projek Bliss transformasi Diriku yang berlangsung di seluruh negara. Tarikh tutuo adalah pada 24 Mac 2016. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Projek Bliss boleh di lakukan di laman web projekbliss.com.my

unspecified.jpg3.jpg