(Kisah Benar!) Nabil Cerita Pengalaman Lima Tahun Jadi Mat Dispatch Cabuk

Nabil-1.jpg

NABIL AHMAD SATIRA ‘ONE MAN SHOW’

Apakah perubahan yang ditempa dalam jalur hidup Nabil selepas kemenangan Raja Lawak 2008?
Daya fikir saya menjadi lebih pantas, saya lebih bertanggungjawab, bahkan saya segera mengambil-alih tanggungjawab kewangan keluarga. Sewaktu menjuarai Raja Lawak 2008, abah sudah pencen. Tetapi saya terpanggil untuk menanggung adik saya yang masih belajar di UPM.Bayangkan, dulu-dulu, gaji saya sewaktu bekerja sebagai budak dispatch di syarikat servis kurierGDex, cuma RM600 kak, cukup-cukup makan saja. Lima tahun saya ke hulu ke hilir dengan motor cabuk saya. Kurier harus dihantar tak kira hujan batukah, ribut taufankah, jalan raya sesakkah, jambatan runtuhkah. Kita pun comot masa itu. Orang pandang kita sebelah mata. Kerana itu saya bertekad mengubah nasib diri. Selepas Raja Lawak 2008, saya menerima undangan persembahan. Awal pembabitan, dibayar sekitar RM2,000 untuk satu undangan. Saya beruntung, kerana sebagai pemain solo, saya tak perlu berbahagi, semuanya bersih untuk saya. Sebulan, ada sekitar lapan undangan, maka RM8,000 masuk poket. Kira lebat juga untuk seorang budak dispatch cabuk. Tahun 2008, saya dapat rezeki terpijak apabila terpilih sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, membawa pulang wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta KIA Optima tajaan Naza KIA. 

Kereta masih Nabil simpan sebagai kenangan?
Tak. Dah solamat dah den jua, hahaha. 

Cabaran terbesar Nabil hari ini?
Cabaran saya, adalah audiens kita. Kalau nak lihat berapa ramai orang Melayu yang sanggup membayar tiket untuk menonton stand-up comedy, ohhh… sedih kak. Bukan tak ada, ada. Tetapi tak ramai. Ada orang pernah berkata kepada saya, Kalau dulu tahun 2008 kau cipta fenomena “Lu Pikirlah Sendiri”, kenapa sekarang tak boleh ulang?”

Betul, saya setuju. Tetapi persoalannya di sini, bagaimana?


Tag: #Nabil