Berita  |  InTrend

[EKSKLUSIF] Wanita Besi Ikon Hijab - Norjuma Habib dan Vivy Yusof

Teks: Afiza Kamarulzaman & Iqbaq V Mukhtaram 
Instagram: @afizakamarulzaman & @xeliciousxass 

Juma-2.jpg
Norjuma Habib 

Daripada sehelai kain empat segi, empayarnya terbangun. AidiJuma adalah apresiasi seorang adiwanita, yang ingin memberi kembali kepada wanita. Aidijuma adalah maruah sehelai hijab. Aidijuma adalah wajah baru fesyen beradab. 

Ketika artikel ini ditulis, saya masih berpilis, berstoking dan sesekali menoleh si anak yang baru berusia 11 hari. Ya, saya menerima amanah Editor saya, Rosie Haslinda yang mahu saya sendiri mewawancara Norjuma Habib Mohamed untuk halaman Profil kali ini. “You dah lama kenal dia. Tentu banyak yang boleh you tulis dari hati,” pujuk Editor. Saya anggap ia sebagai kepercayaan dan penghargaannya buat saya sebelum bercuti panjang. 

Apa cerita ya wanita ‘permaisuri bawal’ ini? Siapa tidak kenal dia sejak memenangi pertandingan ‘Pengacara Jemputan Nona 2001’? Dan dia, antara pengacara Nona yang berjaya menggemilangkan rancangan itu sehinggakan saya sendiri waktu itu jarang-jarang tercicir untuk duduk menunggu di depan televisyen setiap petang Ahad. Kerjasamanya dengan InTrend bermula apabila saya menghubunginya untuk ruangan Rahsia Bintang edisi September 2011. Tidaklah sukar untuk mendapatkannya. Tiada protokol. Tanpa perlu melintasi ‘orang bawahan’, terus sahaja panggilan disambutnya dan memberi kata setuju. Malah, tidak banyak kerenah sepanjang penggambaran dan wawancara berlangsung waktu itu, buat segala urusan menjadi mudah. Lima tahun berlalu, dia kini saya wawancarai kembali, yang pasti dengan ruang kehidupan dan ceritera yang berbeza.

Teringat saya ketika itu, dia ada berkongsi impiannya untuk mencipta jenama tudung bawalnya sendiri. Sangka saya waktu itu, ia hanya impian perniagaan sampingan mengisi masa lapangnya sahaja, namun apabila dia memanjat setiap tangga perniagaannya dengan penuh ‘rakus’ dan agresif, ia membuktikan yang impiannya itu bukan main-main atau sekadar mahu ada ‘business card’. Ia sebuah cita-cita, sejenis perjuangan yang sekali melangkah, tidak mungkin berundur lagi. Malah, keunggulannya sebagai pengasas Aidijuma, suri niaga dan suri teladan disegani hari ini mengaburi sedikit namanya sebagai pengacara satu masa dulu. Betapa besarnya pengaruh Norjuma sebagai ‘peniaga tudung’ hari ini! 

 

Selamat pagi semua. Moga dirahmati dan diberkati Allah selalu :)

A photo posted by NORJUMA HABIB (@norjumahabib) on

 Norjuma Habib Mohamed di meja kerja. Paling menarik, Norjuma berjaya buktikan bahawa dengan sehelai tudung bawal sahaja, seorang wanita itu tetap terlihat anggun.   


InTrend: Dalam banyak-banyak perniagaan, kenapa perniagaan tudung yang menjadi pilihan?

Norjuma: Inilah jenis perniagaan yang mudah untuk dimulakan. Jika perniagaan berasaskan makanan atau kosmetik misalnya, proses membangunkannya memakan masa lebih lama kerana perlu memohon lesen daripada kerajaan seperti daripada Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Memang banyak lagi perniagaan glamor lain yang boleh saya ceburi tetapi inilah perniagaan yang datang dari jiwa saya. 

Mungkin tudung bawal bunyinya tidak seglamor mana tetapi saya fikir waktu itu tiada siapa lagi yang komersilkan tudung bawal ini dan saya sebagai pemakai tegar tudung bawal terfikir, mengapa tidak saya memulakannya? Kalau ada yang beranggapan tudung bawal ini so yesterday, saya fikir kenapa tidak saya suntikkan elemen fesyen yang boleh digayakan ke hari ini? Saya percaya, tiada seorang pun wanita berhijab di dunia ini yang tidak punya hatta sehelai tudung empat segi sebagai koleksi mereka. Hakikatnya, saya mengembalikan trend tudung empat segi dengan nafas lebih segar, dalam bentuk dan rekaan baru yang lebih fashion forward. 

Visual-angpua-(1).jpg

Sebahagian visual rekaan sampul Hari Raya InTrend 2016, ditaja khas oleh Aidijuma dan Blossom Box Store. Istimewa, Norjuma muncul bersama saudara-saudara kandungnya sebagai penghias sampul raya, tanda persaudaraan yang erat.
 



Viviy.jpg
Vivy Yusof 

Gadis genit bercita-cita gigantic ini kini menjadi ikon muda bisnes kala ini sekali gus mencipta eksistensi dek jenama sendiri. Daripada Fashion Valet, Duck Scarves dan kini rancangan realitinya sendiri ‘Love, Vivy’ – ternyata tiada apa mampu hentikannya. 

First Malaysia, then Asia next? The World. Vivy Sofinas Yusof tidak lekang berkongsi bagaimana dia melakar laluannya ke dalam dunia bisnes, juga ke dalam hati para penyokongnya. Bermula sama blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya dek quirky-style writings, her education background and the fact that she is gorgeous! InTrend bertemu Vivy hampir tiga tahun lepas kala Vivy baru usai bernikah, mengandungkan anak pertama dan belum berhijrah hijab. Kini fast forward to 2016, a mother of two to Daniel dan Mariam, Vivy masih lagi punya passion yang sama terhadap kerjayanya, keluarga dan cita-cita untuk menakluki dunia.

 

Dragged the kids too. Don't they look super excited?!