Berita  |  InTrend

[EKSKLUSIF] Rozita Che Wan Imbas Kisah Raya Zaman Dulu: “Kalau Kat Alor Setar Tu, Kami Memang Famous!”

Teks : Iqbaq V Azwan Mukhtaram 
Instagram : @xeliciousxass

che-ta.jpg

Puasa dan Hari Raya Aidilfitri zaman anak kecil Che Ta macam mana agaknya? Boleh kongsi?

Huii... bulan puasa dan raya kat rumah kami meriah! Kalau kat Alor Setar tu, kami memang famous, ramai dok ejek kami sekeluarga artis. Che Ta jenis yang wajib bangkit sahur dan nasi sudah semestinya makan, kalau mahu pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka pula, ramai yang suka beri Che Ta dan adik-beradik barangan secara percuma, walaupun kami nak bayar they insist

Kalau Hari Raya, adik-adik akan bersiap dan pergi beraya rumah jiran-jiran. Apabila dah selesai, masing-masing comot! Che Ta tak suka pergi kumpul duit raya begitu, cara Che Ta, bersiap cantik-cantik lepas tu pergi hantar kuih raya sikit dekat Cina kedai runcit dan driver bas sekolah, masing- masing beri RM10 seorang dah cukuplah. Che Ta ni dari kecil suka melawa! Darjah satu pergi sekolah dah pakai pantyhose dan ikat rambut senget ala-ala Noorkumalasari, apabila cikgu sekolah bilang kenapa rambut senget, kami teriaklah! Zaman sekolah juga Che Ta suka masuk Ratu Cantik sana sini, hehehe, seronok! Apabila dah besar panjang tiap malam sebelum raya kami duduk di pangkin, ramai-ramai siapkan baju raya. Mak memang pandai jahit. Lepas solat tarawih, kami duduk, tambah manik, batu-batu... bikin baju raya kami grand mengerlip! 

 
Apa yang Che Ta dan keluarga di kampung jamu kalau kami datang beraya? 
Kalau hangpa mai rumah kami, ketupat, rendang pasti ada, juga tart nenas. Yang penting kami sekeluarga buat sendiri okey, tak mainlah pi beli kat kedai bawak balik. Kami adik-beradik terperuk di dapur siapkan semua juadah. Tapi sekarang semua sudah kahwin, sibuk melayan suami masing-masing. Anak-anak Che Ta pulak, mereka tu walaupun dah meningkat umur, masih manja, makan nak bersuap, kalau tidak merajuk tarik muka. Baju raya kami pun sedondon, biaq pi apa orang nak kata, yang penting kami bahagia! Raya tahun ni Che Ta dah siap tempah baju raya, berpuluh-puluh pasang, berwarna-warni! Daripada rekaan Qudyn ada, Calvin Thoo ada, lepas ni nak minta Zery Zamry dan Syaiful Baharim buatkan satu. Baju Raya Jovian ni pun alahai meletop, buat pi singgah rumah sedara-mara makan hati depa! 
 

Dak kecik ni pun nk wangi jgk... dgn perfume #PreciousbyRCW ni meletop wangi !!!!! #aaisyahdhiarana

A video posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Tak rindu beraya berdua kembali? 
Tak mahulah kami! Dulu masa masih bersuami, setiap kali nak balik raya mesti teriak, gaduh dekat tol sebab nak pilih balik rumah siapa beraya. Lagi seronok raya seorang diri, boleh buat keputusan nak ke mana dan ikut jadual sendiri. Namun sampai sekarang Che Ta masih baik dan rapat dengan ibu dan ayah mentua. Lagipun apabila kita seorang Che Ta boleh bersiap pakai baju apa sahaja, pastikan matching dengan handbag dan baju anak-anak. Kalau biasa bulu mata lebat, untuk raya, kami kasi double, hehehe... 

Screen-Shot-2016-06-18-at-6-56-02-AM.png
Photo : Instagram @rozitachewan1
Bak kata Che Ta, 
Kalau time sekolah dok makeup mampan macam ni , mampuih la kena peqambat dgn cikgu kan???


Tag: #CheTa